Pages

Sunday, October 7, 2012

Gulai Ayam/Daging Terengganu

Assalam alaikum semua. Hari ni kita nak post pasal makanan favourite kita iaitu gulai ayam terengganu. Ramai orang tak percaya yang gulai terengganu ni lain dari yang lain sikit. Tp sebenarnyer, memang lain pon, nak masak gulai ni kena ada rempah cap bunga ros.Hehe

Actelly, kite dah try banyak kali dah buat gulai ni, kadang jadi, kadang xjadi. And kita ikut resipi yang mak kita bagi campur ngn resipi internet sikit2.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam / 1-2 kg daging dipotong
1 kulit kayu manis
4-5 tangkai bunga cengkih
2-3 biji bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
*3-4 sudu serbuk cili/ cili giling
*1 paket Rempah masak cap bunga ros yang paling kecik
*1 paket rempah gulai cap bunga ros yang paling kecik
*1 biji bawang besar/ 2-3 biji bawang merah
*3-4 ulas bawang putih
*1 inci halia
1-2 keping asam keping
santan satu tin/ satu biji kelapa
1 cawan air
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

1.Kisar semua bahan-bahan yang bertanda * dicampur dengan sedikit air supaya senang hancur.
2. Panaskan minyak di dalam periuk
3. Bila minyak sudah panas, tumiskan kulit kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dengan bunga cengkih sehingga naik bau.
4. Lepas tu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus.
6. Bila air sudah mendidih, masukkan ayam atau daging. Gaul rata.
7. Tunggu sehingga ayam seakan-akan masak. Biasanya mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Tambah air jika sudah kering.
8. Bila ayam sudah seakan-akan masak, masukkan santan sehingga ayam tenggelam sedikit. Tunggu sehingga santan mendidih.
9. Sentiasa  kacau supaya santan tidak berketul.
10. Kemudian, masukkan asam keping, sedikit garam dan gula secukup rasa.
11. Tunggu sehingga gulai mendidih.
12. Dah siap untuk dimakan :)

Hah, dah siap da. hehe. Rupa dia seakan-akan kari, tapi dijamin rasa dia sangat berbeza. Kalau nak buat lauk nasik minyak pon boleh jugak. hihi. selamat mencuba semua.

0 comments:

Post a Comment