Pages

Monday, October 22, 2012

Kek Butter

Petang-petang di bumi Auckland, New Zealand, rasa boring plak. So, kita pon rasa macam nak masak. Search-search kat internet pastu jumpe lah resipi kek butter. hihi. Cakap awal-awal taw, kita cari resipi ni kat internet. So kalu sama tu, halalkan je lah yer :D

Bahan-bahan:
300 g butter
300 g gula halus
5 biji telur saiz normal
1 sudu kecil esen vanila
300 g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
125ml / 1/2 cup susu segar/ susu cair

Tu jer bahan-bahannyer. Kita da susun ikut cara-cara. :)

1. Pukul butter ngn gula sampai kembang


2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mix


3. Masukkan esen vanila dan mix sehingga rata

4. Lepas tu ayak tepung bersama baking powder

5. Masukkan selang seli dengan susu , gaul pakai sudip dengan teknik kaup balik

6. Masukkan dalam dulang pembakar dan bakar selama 40minit suhu 180'C





 Tada!! inilah hasilnya. Kawan-kawan semua cakap sedap. Hehe. Boleh cuba :)



0 comments:

Post a Comment