Pages

Wednesday, October 24, 2012

Nasi Gaul Orang Banjar

Baru je abis presentation tadi, terus balik rumah nak solat zohor. Lepas tu dalam dilema, nak pergi uni balik ke tak untuk study?? Last-last, tak jadi pergi. Duduklah kat rumah, ditakdirkan Etty datang rumah ajak masak nasi gaul. Nasi gaul? First time dengar, Etty kata tu makanan orang Banjar, so tertarik untuk cuba buat.:) Nasi ini istimewa sebab kena masak lauk dulu baru boleh masak nasi.

Bahan-bahan untuk lauk:

Seekor ayam dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang besar/merah
4-5 ulas bawang putih
2 inci halia
Setengah botol sos tomato
setengah botol sos cili
Setengah tin susu cair
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak sapi
1-2 kulit kayu manis
3-4 tangkai bunga lawang
1-2 biji bawang kecil dihiris mayang

Cara-cara buat lauk

1. Blender bawang putih dan bawang besar dan halia.
2. Gaulkan bersama ayam yang telah siap dipotong dan dibersihkan
3. Masukkan sos tomato dan sos cili dan gaul rata



4. Masukkan pula susu cair dan air sedikit dan gaul rata.



5. Masukkan garam secukupnya dan perap selama 10-15 minit
6. Panaskan minyak sapi di dalam kuali
7. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang yang dihiris hingga naik bau
8. Masukkan ayam dan air perapan dan biarkan sehingga masak/ mendidih dan ayam empuk



                                                        (Inilah hasilnya lauk nasi gaul)

Bahan-bahan nasi gaul

3-4 cawan beras dibersihkan dan ditoskan
2 biji bawang kecil dihiris nipis
1 biji bawang putih
1 kulit kayu manis
2-3 tangkai bunga lawang
Sedikit minyak sapi
Air secukupnya

Cara-cara memasak nasi

1. Panaskan minyak sapi  di dalam periuk nasi dan tumis semua bahan-bahan tumis sehingga naik bau


2. Masukkan 2-3 cawan kuah lauk kedalam periuk dan 3 cawan air. Tunggu sehingga mendidih



3. Masukkan beras dan masak seperti nasi biasa. Tambah air dan garam secukupnya.

Bahan-bahan acar

3 biji tomato dihiris nipis
3 batang timun dihiris nipis
Setengah tin susu cair
2 cili merah dan hijau dimayang
Garam secukupnya

Cara-cara membuat acar

1.Campur kesemua bahan-bahan di atas di dalam satu bekas dan gaul rata. Masukkan 2 cawan kuah lauk sebagai pencukup rasa.








Siap untuk dimakan. Selamat mencuba :)

3 comments:

roseaimilin pabila tintaku menari said...

Assalamualaikum, boleh tak cik yum yum ajarkan saya nasi ayam banjar tringin sesangat terima kasih jika sudi nak mengajarnya dan terima kasih diatas tunjuk ajar nak wat resepi nasi ayam gaul ini tq so much

Cr3aMiNOrL said...

Nasi ayam banjar? First time dgr. Acteli sy xtaw sgt mskan org bnjar. Saya masak nasik gaul ni pon kebetulan kawan saya ajak.huhu. tp bunyi mcm best je. Bln2 puasa ni kn.yumyum. nnt sy tanya kawan sy k. klu cik rose dh ad resipinya boleh lh share2. Mahu mncuba juge. Wink2 :)

sufi hanany said...

saye nk nasi ayam banjar satu,yummy,tengok pun dh terliur!

Post a Comment