Pages

Tuesday, November 6, 2012

Kuih Keria

Tiba-tiba hari ini rasa macam nak masak kuih keria pulak. Tengok dalam kabinet ada kentang je, jadi la.

Bahan-bahan:

5-6 biji kentang
Sedikit garam
Secawan tepung gandum
Gula aising

Cara-cara
1. Kupas kentang dan rebus sehingga empuk
2. Toskan kentang dan lenyek hingga hancur
3. Masukkan sedikit garam dan gaul rata
4. Campurkan tepung gandum dan gaul sehingga rata



5. Uli bentuk donat. Susun atas pinggan yang ditabur tepung supaya tidak melekat



6. Goreng sehingga keperang-perangan. Toskan apabila kuih sudah timbul\





7. Gaulkan di dalam gula icing.

8. Siap untuk dimakan :)

Friday, November 2, 2012

Resipi Pai Epal

Assalamualaikum semua!! Bertemu lagi dalam rancangan Jom Masak-Masak :D hehe. (berangan). Okes, hari ni kita nak share resipi pai epal yang kita buat minggu lepas. Tak sempat nak update dekat blog sebab minggu lepas sibuk ngn exam. Tapi sekarang kita sudah merdeka dari exam. Hehe

Berbalik kepada resipi epal pai, kita memerlukan bahan-bahan seperti berikut:

Bahan-bahan inti:


5-6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong dadu
200 g gula
50 g kismis (dalam segenggam)
20 g tepung jagung (2-3 sudu) , bancuh dgn sedikit air

bahan-bahan kulit:

500 g tepung gandum
200 g butter
2 biji telur dikacau sedikit
250 g gula halus

Cara-cara:

1. Mula-mula kita buat inti dahulu. Panaskan periuk dan masak gula hingga larut didalam sedikit air. Lepas tu masukkan epal dan kismis. Masak sehingga epal empuk. Kacau-kacau sekejap-sekejap. Bila da masak, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga likat. Padamkan api dan ketepikan.





2. Gaul tepung dan gula sehingga gula rata. Campurkan butter, gaul sehingga nampak macam serbuk roti. Lepas tu masukkan telur sikit sikit sehingga doh tak melekat pada bekas adunan. Uli sehingga rata. Bungkus dalam plastik dan masukkan dalam peti ais dalam setengah jam.


 

3. Uli doh tu sehingga jadi 1-2 cm tebal. Pastikan muat dekat dalam bekas pembakar. Buat yang bawah dulu, kemudian uli lagi sekali lebihan doh untuk bahagian atas.Sapukan lebihan telur tadi dekat bahagian atas kulit. bakar selama 20minit pada suhu 170'C.









 Inilah Hasilnya!! Selamat Mencuba :)