Pages

Sunday, December 2, 2012

Resipi kek coklat moist

Assalamualaikum wbt, apa khabar pembaca. Hari ini saya nak share resipi kek coklat moist yang saya buat sewaktu dekat New Zealand dulu. Sekarang sudah 2 minggu berada di rumah, hari-hari masak, xlarat nak tangkap gambar semua masakan. Huhu.

Resipi ini saya publish on request junior dekat Auckland. Katanya dia suka kek coklat yang saya buat. hehe.

Bahan-bahan:

(pes coklat)
1 cup serbuk koko
1/2 cup gula halus
1 cup air panas
1/2 cup susu segar atau susu cair

250g butter
2 cawan gula
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum + 2 sudu kecil baking powder (diayak)

Cara-cara:

1. Untuk membuat pes coklat, campurkan serbuk koko, gula dan air panas. Kacau di atas api perlahan sehingga berkilat dan tidak berketul. Tutup api dan masukkan susu segar atau cair. Kacau rata dan ketepikan.



2. Seterusnya, dalam bekas lain, pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mix. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.

3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan pes coklat yang disediakan awal-awal tadi. Gaul menggunakan sudip dengan teknik kaup balik.







                                         inilah rupanya adunan yang telah siap

4. Masukkan kedalam loyang yang besar sedikit. Kalau loyang kecil boleh bahagi 2 adunan tu. Bakar selama   45minit pada suhu 180'C. Selamat mencuba!!



5. Inilah hasilnya. Ada crack cket kat tengah. Hehe. Xpe2, kita akan cover dengan coklat topping :)


 Bahan-bahan untuk coklat topping:

250g coklat memasak (1 blok)
Sedikit susu cair atau susu segar
1 sudu kecil butter

Cara-cara:

Bagi menyediakan topping ni, saya menggunakan teknik memasak double boiler. Apa itu double boiler? Senang sahaja. Anda boleh rebus air didalam satu periuk sehingga air itu mendidih. Kemudian letakkan periuk atau mangkuk besi yang lebih kecil dan muat kedalam periuk itu.

Kemudian masukkan coklat dan butter. Pastikan api perlahan dan tidak terlalu kuat. Tunggu sehingga coklat cair. Hati-hati, stim air tu panas dan boleh buatkan kulit melecur. Pegang periuk dengan kain k.

Bila dah cair, masukkan sedikit susu. Kepekatan toping bergantung pada jumlah susu yang dimasukkan. Semakin banyak susu dimasukkan semakin cair coklat.  Sambil itu jangan lupa kacau supaya coklat itu rata. Apabila coklat kelihatan smooth dan berkilat, hati-hati angkat mangkuk didalam dan tuangkan ke atas kek coklat yang sudah siap dikeluarkan dari bekas pembakar. Tuang sama rata pada setiap bahagian kek supaya coklat rata. Jika topping terlalu pekat agak sukar untuk meratakannya.


Ini lah hasilnya. Selamat mencuba semua. :)