Pages

Friday, August 29, 2014

Resipi penkek creamy yumyum

Hari ni saya teringin sangat nak makan pancake. so, google2 lah resipi untuk membuat pancake yang sedaplicious. Cari punya cari sume pancake kne guna susu cair. Bad news for me, umah xde susu cair :( . So, I ape lagi, improvise la.hehe

Resipi Pankek Creamy

bahan-bahan:
~ 2 cawan tepung gandum
~ 1 cawan santan ( 3/4 santan pekat + 1/4 air)
~ 1 biji telur
~1 sudu kecil baking powder
~ 3 sudu besar gula
~ 1 sudu minyak masak

cara-cara:
1. asingkan putih telur dengan kuning telur dalam dua bekas berasingan
2. Pukul telur sampai kembang (berbuih2)
3. Dalam bekas lain campur kuning telur, gula, santan dan minyak masak. Kacau rata
4. Masukkan tepung dan baking powder dalam no 3 dan kacau rata
5. Masukkan putih telur tadi dan kacau perlahan.
6. Dah boleh masak atas dapur, api sederhana macam masak lempeng

Ingatkan xjadi lepas cuba, alhamdulillah, sedap creamy lemak manis je. Selamat mencuba. Lain kali nk try lagi.hehe